Wednesday, September 12, 2012

erk, salah ke senyum?

2-3 hari ni aku ambil alih kedai buat sementara waktu...kerana bonda kurang sihat...alhmdulillah, malam ni bonda makin baik...moga2 minggu depan bonda akan kembali ke kedai..=)

dalam 2-3 ari aku dok kedai ni, macam-macam berlaku...customer tak ramai tu 1 hal....(igt kan org boikot aku, upenye setelah disiasat, kebanyakan tempat hilang customer...ke mana kah rkyat klantan?)...supplier yg datang silih berganti 1 hal...kena layan call 1 hal...tp okay la kot...setakat ni tak nampak ada prob lagi...kecuali tadi je...duit tak cukup nak beli barang T_T...

sepanjang aku dok kedai ni, byk ragam manusia yang aku tengok...ada yang datang dengan muka serius....dan ada yang datang terus menguusik...maklum lah, anak dara yang tak sekolah ada di meja tauke...hahah...dan sebolehnya, sebaik mungkin, aku cuba melemparkan senyum kepada customer, supplier dan salesman....kalau masam je muka, konpem la kne tegur kan....

"tak makan nasik lagi ke ari ni?"

alahai...aku memang cukup suka soklan ni...untung2 ade yang belanja makan...=)

semalam...ada budak penghantar barang..aku kira dia di usia awal 20-an...atau pun mungkin saja habis sekolah....melihat budak2 ni, macam2 aku terfikir...dan tanpa sedar aku tersenyum,...tanpa melihat keapada sesiapa pun...aku kira mereka sedang khusyuk mengira duit 'raya' muntuk mencukupkan seratus keping...hahah, zalim nya aku...memang terpaksa bagi duit 'raya'...sebab yg tu je la pon yang banyak dalam simpnan...mana la aku tak tersenyum,..duit yang biasa aku kira seorang, dapat dekat mereka, 3-3 orang yang datang kena mengira..hahah...macam-macam cara pula tu....yang ni kira, yang tu susun...yang ni pegang...pastu yang tu kira balik...dah konpem cukup baru besenye baru mereka-mereka angkat muka...tp, serius la,..memang aku rasa kelakar tengok...tiba-tiba...


"hai, kak,..senyum nape?"
"erk?"
"tak yah senyum la kak."
"nape tak yah?"
"lawa dah.."

apakah?lagi la aku rasa tak tertahan nak gelak..alahai dik....kalau aku tak senyum, konpem korang pon x berani la nak masuk dekat.....tp, mungkin juga itu teguran untuk aku....sebab macam dah banyak kalai orang tak bagi aku senyum....okay, aku bukan senyum nak mengorat ye...ini adik2....kalo kat laki2 yg nampak sebaya, aku lebih suka tegur melalui gerak kepala...tanda hormat saja...kalau untuk orang dewasa yang tak gatal, memang seperti biasa, aku senyum dan angguk sopan saja...untuk org yang gatal, memang tengok muka pon tak hingin...

anyway, tadi aku ada search sket pasal senyum ni....

"Mengukir senyuman kepada seseorang samada mahram dan orang asing adalahdiharuskan selagi tidak dengan tujuan untuk menggoda orang tersebut. Jika senyuman dilakukan kerana Allah ia dianggap sedekah dan akan diberikan pahala oleh Allah s.w.t."

"Harus seorang perempuan membalas senyuman seorang lelaki bagi mengelakkandiri daripada dilabel sebagai seorang yang sombong."

ini ada 1 artikel yg aku petik dari blog hamba Allah ni...

"Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan."

dan aku paling tertarik dengan kata-kata ni...

 “Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”

rasanya korang bole baca direct dari blog asal....banyak benda yang korang akan tahu selepas membaca artikel ini....jom sama-sama serbu SINI - senyum itu sunnah ^_^

jadi selepas ini, jom sama2 kita belajar senyum...

rahsia awet muda!!



p/s: serasa aku, selepas tamat belajar ari tu baru aku boleh senyum dengan sempurna...@_@

Monday, September 10, 2012

nama: bukan sekadar mahu glamour~~

anak kecil ini perlu diberi nama,..jom cari nama yang tepat!!


ia bukan sekadar nama yang glamour...ia adalah doa...


kecil-kecil dahulu, selalu membandingkan nama...selalu mengintai nama kawan-kawan...kena pula tika cikgu sedang mengumumkan siapa yang terbaik,..mana yang terbaik tu biasanya akan dililihat dengan hujung dari hujung kaki hingga ke kepala...itu kalau majlis penyampaian hadiah yang jadi acara tahunan lah...kalau bulanan, memang teukan gemuruh dapat, tapi kalau kena cikgu garang, memang tak syok juga kan?

ada satu ketika, seorang kawan menanyakan maksud nama..dia bernama nabilah...yang bermaksud cerdik kan?tolong betulkan kalau saya salah =)...dan dia mahu tahu apa maksud di sebalik nama saya...maksud aiman, yang berkat...memang itu sahaja yang dapat saya huraikan,..tika itu saya bukanlah budak yang rasa bertuah kerana memiliki nama aiman, bahkan saya cukup tidak suka...tahu kenapa?kerana saya jadi bahan ejekan teman sebaya yang lain..eh, bukan setakat teman sebaya, ada jugak makcik pakcik yang mengejek saya,.kena pula dengan perwatakan saya yang ketika itu cukup tidak sukakan rambut panjang..asal panjang melepasi telinga, terus saya minta potong..ayahbonda senang hati dengan rambut macam tu,.bukannya apa, bila berkawan, takut rambut yang sedikit itu dijangkiti kutu dari rakan sepermainan..memang masa tu saya cukup-cukup tidak suka dengan aiman..tapi, persoalan kawan saya, membuatkan saya berfikir sesuatu..dan selepas itu saya bangga dengan membawa nama saya ke mana sahaja..

dulu, saya selalu berada dalam ranking top 5 dalam kelas,.*ni cerita sekolah rendah ya*...nabilah menyedarkan saya sewaktu dia meminta saya bertukar nama dengannya..

********************************************
eh, buat apa nak tukar dengan nama saya? kan maksud nabilah tu cerdik?

maksud saja yang cerdik,.saya tak pon...

saya pun tak pandai...awak nak punya nama seperti budak laki?

*******************************************

Allah...kalau lah tika itu saya sudah pandai berfikir, dan sudah ada ilmu di sebalik nama ni, memang saya akan beritahu dia apa yang saya tahu...memang dia terdiam bila saya bertanya semula...ya lah, siapa mahu kan puna nama yang tidak ada pada orang lain?

dia yang memberitahu saya, apa yang ada di sebalik nama...tapi ada rakan sekelas kami tika itu yang membawa nama bermaksud 'gagah' tapi sangat pandai...itu yang membuatkan kami keliru,..

melangkah ke alam remaja, saya sudah pandai bertanya,..sudah pndai membaca buku-buku yang berkaitan...Allah, rupanya memang ada sesuatu di sebaik nama..ada kisah, seorang hamba Allah ini bernama Zaharah (bukan nama sebenar), tapi nama gelaran nya adalah Syifa'...berbeza bukan?dan memang jauh sekali...rupanya, nama gelaran yang dia bawa itu adalah dari ayahnya, yang mahu dia menjadi penawar,..dan hasilnya dia menjadi doktor yang berjaya...

 ada juga yang membawa nama bermaksud 'besar' dan menggunakan nama itu dalam kehidupan sehariannya, dan dia terus membesar....

sama juga jika pembawa nama hilmi...yang bermaksud lembut,..ini bukan lembut yang aww ya, ini lembut yang sejuk di mata....

itulah antara contoh nama yang mencerminkan diri,..bila tengok dunia hari ni, ramai yang meletakkan nama anak-anak mereka dengan nama yanag susah nak sebut, dan panjang,..ok saja kot, janji punya mksud baik. tapi lagi baik kalau nama gelaran yang digunakan seharian itu yang mempunyai maksud juga,..sebagai contoh...

nama: khadijah
nama panggilan: kat

nama: fatihah
nama panggilan: fat...(dus, risau nanti makin gemok)

nama: fahman
nama gelaran: aman (selamat ya maksud nya)

nama: imani
nama gelaran: iman...(nak pendekkan lagi supaya mudah sebut ni)

ini sekadar contoh nama ya...ada 1 lagi nama feberet,..aisyah...yg tinggal hanya 'CHAH'...apakah?

sebab itulah penting kita memilih nama untuk menamakan orang,..kalau ayahnda,sudah menjadi rutin setiap kali mahu menerima cahaya mata, membelek buku-buku nama-nama dalam Islam..dan akan ada beberpa nama yang ditandakan,..sudahnya, selepas kelahiran, barulah dia akan memilih nama yang terbaik untuk kami adik beradik....ini pun selepas dia celik buku la kot...sebab nama kakak2 saya biasa sahaja....termasuk lah nama saya...nama adik2 memang cun lah...hahah...

apa pun, sekali lagi, pilihlah nama yang terbaik...jangan hanya memilih nama untuk kelihatan glamour saja..dan pastikan nama itu juga senang disebut agar ia tidak rosak semasa dalam tempoh pembesaran,..owh, saya suka nama adam, hud, nuh, luth, haq..kalau perempuan pula, saya suka cukup suka dengan nama syifa', iman,..mungkin sebab ia senang disebut...setiap kali memanggil nama2 dalam kehidupan kita, setiap kali itulah sebenarnya kita berdoa untuk dia...maka jika ada kawan-kawan kita yang bernama syuhada atau syahid, janganlah pendekkan...biar apa pun yang dia cakap teruskan dengan memanggil nama penuh, moga2 syahid mnjadi miliknya =)

anda punya masa?saya sertakan link untuk membaca secar detail tentang nama-nama Islam,..tidak mahu membuat kpi dan pasta untuk entri ni...mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat..klik sini

Friday, September 07, 2012

it takes time~~



saya sedang membalut luka..

.jeda.

tiba2 terasa nak berkongsi rasa dengan readers...*eh, ade ke?*

saya mahu berkongsi rasa dari saya sekolah rendah?boleh?

1998
uff...dulu, time darjah 6..*ouch*..ada sorang budak laki nii yang sanggup mengejar saya hingga ke rumah semata-mata mahu 'berkawan' dengan saya. tapi, saya cukup tidak suka kan dia. saya cukup marah bila dia sampai ke rumah saya. sebab saya  tak suka benda seperti itu. bila di sekolah, dia bersama kawan2 nya galak mengusik saya, lantas, saat itu, saya mengambil penyapu dan memukul dia. alangkah kasarnya saya dengan kaum ADAM..sungguh, saya takut kan rotan bonda dan ayahnda saya sekiranya berita saya 'berkawan' sampai ke telinga mereka.

2002
ini cerita aku semasa tingkatan 3. masih lagi tidak punya rasa untuk 'berkawan'. tapi tetap punya cerita. alkisah seorang budak mahu ponteng kelas,.eh, mahu mengambil peluang..saja mencari alasan untuk ke tandas..*kalo kt maahad dulu ssh nak carrii port ponteeng..hahah*..ni sebab mengantuk ya...maka aku saja mengambil jalan yang panjang untuk ke tandas...eh, aku kira 2-2 tandas sama saja jaraknya, tapi aku lebih suka tandas bangunan C...dijadikan cerita, aku sempat mngajak seeorang teman untuk ke tandas...*xde hantu pon la kat tndas tu..hahah*...pulang dari destinasi, kitorang ternampak 2 orang budak lelaki...dalam keadaan mereka yang terpinga2 mencari sesuatu dan sedang bergerak, menapak menuju ke arah kami, ...*untuk makluman, skulah aku ni perempuan sahaja ya*...

A: Assalamu'alaikum
aku: wa'alaikumussalam

aku pandang kawan sblh, dan dia pun tengah pandang aku...*apa la budak laki ni nak*

A: boleh saya mntak tolong?
aku: ya? 
A: kenal tak si fulanah bnti si fulan?
 *dalam hati,..budak sekolah ni dekat 3ribu, gila la aku nak knal sorang2 siap dengan nama bapak*

aku: form bape ye? 
A: oit, adik kau form bape? 
*ouh, cari adik membe upenye*


AA: form 1...budak express...
aku: express bape?\
AA: tah, lupa... 
aku: jap ye..kami g cari

maka pergilah kami meronda ke kelas express...dan berjumpa dengan tuan punya nama...maka kami kembali lah ke kelas...balik dari sekolah, terjumpa dengan budak tu kt ostel..1 ostel je rupenye..aras je kot lain2...

W: kak, abang tadi kem salam...
aku: kt akk?
W: yep..
aku: dia kenal ke akak?
W: tak, dia sebut kaler tudung..*time tu tudung aku kaler pink* 
aku: owh  
W: nextweek dia datang lagi. boleh la jumpa dia..
*apakah?*

dan mggu berikutnya, aku dapat pesanan penaja...

W: akak, abang tu nak jumpa
aku: watpe?
W: tah, dia cakap nak kenal akak
 
@_@

then...sepi sekejap cte mamat tu,,,smpai la open day...mase ni seteru kami jadik polis as in dorang ade kadet polis kan....aku pulak sebok dok jaga lalulintas,..*time tu dak bomba n kadet polis 'mereka' kne jage lalulintas sb xnak ade kesesakan,..tp, aku jadik pmantau..huuu*

W: kak, abg tu kem salam..
 
aku:ouh..*ade lagi upenye mamat ni*
W: dia cakap dia ade kat sini smpai malam ni...
aku:abes tu? 
W: dia cakap nk jumpa akk petang ni kat meja depan bgnn C...

*memang budak ni jenis lurus ye*

-mmg dalam mimpi la aku nak layan laki...sng betol dia hulurkan 'persahabatan'...aku mmg takot nak kawan la time tu kan...sampai habis aku x jumpa dia..maaf, belum sampai masanya...

cerita mereka silih berganti....tapi sampai sekarang aku x lupa knangan 2002 tersebut...mamat tu mmg comel...tp, serius, aku takot utk berkawan biar pun sekadar kawan...

dan kini, aku masih membalut luka..ada luka yang masih belum sembuh..ada silap yang masih belum dapat aku betulkan...ade simpulan yang masih belum dapat aku huraikan...mungkin saja itu menjadi sebab aku masih bersendirian?mungkin juga itu hukuman untuk aku?atau apa saja...cuma yang aku tau, masanya akan tiba.....-

Walk down memory lane~~

credit: idlehearts.com

tecik2 dulu...

"awak, sonok ke dok klantan?"
"mesti la sonok."
"ade ape kt sane?"
"awak nak ape?"
"kat sane awak ade kawan tak?"

senyum.

"ada."
"kalo kat cni, kita main camni, kt sane awak main ape?"
"jadik tarzan."
"tarzan?"
"yep. kitorang jumpe tali. pastu kitorang guna tali tu buat seberang parit ala-ala tarzan."

senyum.

"boleh tak kalo nak buat kat cni?"
"mane boleh sayang, kat cni lombong, bukan parit sawah."

senyum.

skarang ni, sume dah besar. dan kawan itu sudah lama hilang dari pandangan. dulu tak macam skarang. skrg ni kalo teman hilang, bole cari kat mana2. tap ni kawan tyme dok selayang,..time tecik2 dulu. nama pon tau nama panggilan je. mana la nak cari. kakak kata, dia ade pergi kat kawasan penempatan kami dulu, tapi semuanya da tinggal kenangan. memang kawan kami dulu2 da tak tinggal kat situ. rndu opah kt kampung nakhoda. dengar cte, opah dah mninggal...innalillah...

kalo dulu, time dok sane, selalu kne kurung,. selagi jam tak tnjuk 5.30, selagi tu la dok mngintai anak jiran main. kalo malam2, jangan mimpi la nk kuar main2. tengok je la kat tingkap tu. tak pon, bukak pintu sikit n intai lagik...hahah..tapi, ada jugak time leh kuar main malam. time bulan pose dekat raye. kami main bunga api same2 kat luar tu. oh, sangat seronok. riang ria bergumbira. ye la, time tu baru 4-5 taon, mmg seronok la kan main?

petang2 g melawat lombong belakang rumah. kalau mak tau, memang kena la sedas dua. tingat volkswagen buruk yang memang xleh gerak da kt area kejiranan tu. kat situ la kami duduk bersembang dan main2. da bosan main polis sentri. ah, indah sungguh zaman dolu2.

balik klantan pon sonok. sebab jarang2 balik klantan time tu, ade la 2-3 orang kawan. tapi jadik ramai jugak sebab ikut je abang kawan. mana yang jadik kawan abang tu, jadik kawan aku jugak. kena lak kawan abang ade adik2 pompuan, mmg bertambah la kawan2,.

kalo musim tengkujoh, kampung aku selalu banjir. mak cakap tu air dari sungai golok. ye la kot sebab aku tengok air tu datang dari 1 arah dan kembali ke satu arah..penah jugak la mase ikot abang aku tahan pukat lemas sekali,..mase tu memang da tertelan air banjir yang kotor plus hanyir tu. tapi, da nama budak2, mana la tau kotor ke ape. time lemas tu, cepat2 abang aku tarik bawak g tepi. naseb baik la xde ape2 kan. sejak dari ari tu, mmg abang da x bagi aku ikut masuk dalam air tahan pukat...rugi2...

dulu, kalau kawan ajak maiin congkak, mesti x tolak...habis la tangan itam, kuku itam...mane tak nya,..congkak time tu kami gali lubang wat lubang ala-ala congkak kt atas tanah, bawah rumah...bijik getah jadik ganti buah guli...alahai, nikmatnya dekat dengan tanah...tu kalau main ng kawan2 pompuan la...kalo dorang xde, mmg aku sapu je main ngan dak laki...sume ni besenye kawan2 abang la..bawak masuk utan, main tarzan2...masuk lumpur tangkap ikan...da tangkap ikan, bwk blik, sorok dari mak...sejam-2 lepas tu p tengok ikan tu balik, da xde...xde rezeki la tu kan....hahha

dok kat kampung ni, kalau x panjat pookok mmg x sah..penah gak aku lomba2 panjat pokok ng adik sape sampai atas paling cepat....kawan2 yyang takot plus gayat hanya mampu tengok je la kan. time tu kalo nak mkn buah, mmg snang la. pnjat je mane2 pokok yang ade buah la, knpem leh mkn. pnjat pokok manggis paling bez,..amik sebijik, cekah, makan isi putih, baling kulit kat bawah. memang jaki betuul la ng orang2 yg dok bawah pokok sambil tunggu buah...hahah...

credit: budak-shinchan.blogspot.com


time kecik2 ni la aku da belaja berniage...sb buah macam da tak abes mkn kn, petik yg mne rse nak petik, pastu jual. memang sonok la dapat duit poket...

kata ayah, zaman kanak2 adalah zaman terindah. hargai apa yang kita dapat. perjalanan yang kita lalui masing-masing berbeda. masing2 punya laluan sendiri. apa yang penting, kita pandai mngawal langkah kaki kita...

sumenye da tiinggal kenangan...dulu x same mcm la ni...huuuu...rindu~~

moga Allah redha...