![]() |
| anak kecil ini perlu diberi nama,..jom cari nama yang tepat!! |
ia bukan sekadar nama yang glamour...ia adalah doa...
kecil-kecil dahulu, selalu membandingkan nama...selalu mengintai nama kawan-kawan...kena pula tika cikgu sedang mengumumkan siapa yang terbaik,..mana yang terbaik tu biasanya akan dililihat dengan hujung dari hujung kaki hingga ke kepala...itu kalau majlis penyampaian hadiah yang jadi acara tahunan lah...kalau bulanan, memang teukan gemuruh dapat, tapi kalau kena cikgu garang, memang tak syok juga kan?
ada satu ketika, seorang kawan menanyakan maksud nama..dia bernama nabilah...yang bermaksud cerdik kan?tolong betulkan kalau saya salah =)...dan dia mahu tahu apa maksud di sebalik nama saya...maksud aiman, yang berkat...memang itu sahaja yang dapat saya huraikan,..tika itu saya bukanlah budak yang rasa bertuah kerana memiliki nama aiman, bahkan saya cukup tidak suka...tahu kenapa?kerana saya jadi bahan ejekan teman sebaya yang lain..eh, bukan setakat teman sebaya, ada jugak makcik pakcik yang mengejek saya,.kena pula dengan perwatakan saya yang ketika itu cukup tidak sukakan rambut panjang..asal panjang melepasi telinga, terus saya minta potong..ayahbonda senang hati dengan rambut macam tu,.bukannya apa, bila berkawan, takut rambut yang sedikit itu dijangkiti kutu dari rakan sepermainan..memang masa tu saya cukup-cukup tidak suka dengan aiman..tapi, persoalan kawan saya, membuatkan saya berfikir sesuatu..dan selepas itu saya bangga dengan membawa nama saya ke mana sahaja..
dulu, saya selalu berada dalam ranking top 5 dalam kelas,.*ni cerita sekolah rendah ya*...nabilah menyedarkan saya sewaktu dia meminta saya bertukar nama dengannya..
********************************************
eh, buat apa nak tukar dengan nama saya? kan maksud nabilah tu cerdik?
maksud saja yang cerdik,.saya tak pon...
saya pun tak pandai...awak nak punya nama seperti budak laki?
*******************************************
Allah...kalau lah tika itu saya sudah pandai berfikir, dan sudah ada ilmu di sebalik nama ni, memang saya akan beritahu dia apa yang saya tahu...memang dia terdiam bila saya bertanya semula...ya lah, siapa mahu kan puna nama yang tidak ada pada orang lain?
dia yang memberitahu saya, apa yang ada di sebalik nama...tapi ada rakan sekelas kami tika itu yang membawa nama bermaksud 'gagah' tapi sangat pandai...itu yang membuatkan kami keliru,..
melangkah ke alam remaja, saya sudah pandai bertanya,..sudah pndai membaca buku-buku yang berkaitan...Allah, rupanya memang ada sesuatu di sebaik nama..ada kisah, seorang hamba Allah ini bernama Zaharah (bukan nama sebenar), tapi nama gelaran nya adalah Syifa'...berbeza bukan?dan memang jauh sekali...rupanya, nama gelaran yang dia bawa itu adalah dari ayahnya, yang mahu dia menjadi penawar,..dan hasilnya dia menjadi doktor yang berjaya...
ada juga yang membawa nama bermaksud 'besar' dan menggunakan nama itu dalam kehidupan sehariannya, dan dia terus membesar....
sama juga jika pembawa nama hilmi...yang bermaksud lembut,..ini bukan lembut yang aww ya, ini lembut yang sejuk di mata....
itulah antara contoh nama yang mencerminkan diri,..bila tengok dunia hari ni, ramai yang meletakkan nama anak-anak mereka dengan nama yanag susah nak sebut, dan panjang,..ok saja kot, janji punya mksud baik. tapi lagi baik kalau nama gelaran yang digunakan seharian itu yang mempunyai maksud juga,..sebagai contoh...
nama: khadijah
nama panggilan: kat
nama: fatihah
nama panggilan: fat...(dus, risau nanti makin gemok)
nama: fahman
nama gelaran: aman (selamat ya maksud nya)
nama: imani
nama gelaran: iman...(nak pendekkan lagi supaya mudah sebut ni)
ini sekadar contoh nama ya...ada 1 lagi nama feberet,..aisyah...yg tinggal hanya 'CHAH'...apakah?
sebab itulah penting kita memilih nama untuk menamakan orang,..kalau ayahnda,sudah menjadi rutin setiap kali mahu menerima cahaya mata, membelek buku-buku nama-nama dalam Islam..dan akan ada beberpa nama yang ditandakan,..sudahnya, selepas kelahiran, barulah dia akan memilih nama yang terbaik untuk kami adik beradik....ini pun selepas dia celik buku la kot...sebab nama kakak2 saya biasa sahaja....termasuk lah nama saya...nama adik2 memang cun lah...hahah...
apa pun, sekali lagi, pilihlah nama yang terbaik...jangan hanya memilih nama untuk kelihatan glamour saja..dan pastikan nama itu juga senang disebut agar ia tidak rosak semasa dalam tempoh pembesaran,..owh, saya suka nama adam, hud, nuh, luth, haq..kalau perempuan pula, saya suka cukup suka dengan nama syifa', iman,..mungkin sebab ia senang disebut...setiap kali memanggil nama2 dalam kehidupan kita, setiap kali itulah sebenarnya kita berdoa untuk dia...maka jika ada kawan-kawan kita yang bernama syuhada atau syahid, janganlah pendekkan...biar apa pun yang dia cakap teruskan dengan memanggil nama penuh, moga2 syahid mnjadi miliknya =)
anda punya masa?saya sertakan link untuk membaca secar detail tentang nama-nama Islam,..tidak mahu membuat kpi dan pasta untuk entri ni...mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat..klik sini
credit to: http://zakirasli.blogspot.com

No comments:
Post a Comment