Wednesday, September 12, 2012

erk, salah ke senyum?

2-3 hari ni aku ambil alih kedai buat sementara waktu...kerana bonda kurang sihat...alhmdulillah, malam ni bonda makin baik...moga2 minggu depan bonda akan kembali ke kedai..=)

dalam 2-3 ari aku dok kedai ni, macam-macam berlaku...customer tak ramai tu 1 hal....(igt kan org boikot aku, upenye setelah disiasat, kebanyakan tempat hilang customer...ke mana kah rkyat klantan?)...supplier yg datang silih berganti 1 hal...kena layan call 1 hal...tp okay la kot...setakat ni tak nampak ada prob lagi...kecuali tadi je...duit tak cukup nak beli barang T_T...

sepanjang aku dok kedai ni, byk ragam manusia yang aku tengok...ada yang datang dengan muka serius....dan ada yang datang terus menguusik...maklum lah, anak dara yang tak sekolah ada di meja tauke...hahah...dan sebolehnya, sebaik mungkin, aku cuba melemparkan senyum kepada customer, supplier dan salesman....kalau masam je muka, konpem la kne tegur kan....

"tak makan nasik lagi ke ari ni?"

alahai...aku memang cukup suka soklan ni...untung2 ade yang belanja makan...=)

semalam...ada budak penghantar barang..aku kira dia di usia awal 20-an...atau pun mungkin saja habis sekolah....melihat budak2 ni, macam2 aku terfikir...dan tanpa sedar aku tersenyum,...tanpa melihat keapada sesiapa pun...aku kira mereka sedang khusyuk mengira duit 'raya' muntuk mencukupkan seratus keping...hahah, zalim nya aku...memang terpaksa bagi duit 'raya'...sebab yg tu je la pon yang banyak dalam simpnan...mana la aku tak tersenyum,..duit yang biasa aku kira seorang, dapat dekat mereka, 3-3 orang yang datang kena mengira..hahah...macam-macam cara pula tu....yang ni kira, yang tu susun...yang ni pegang...pastu yang tu kira balik...dah konpem cukup baru besenye baru mereka-mereka angkat muka...tp, serius la,..memang aku rasa kelakar tengok...tiba-tiba...


"hai, kak,..senyum nape?"
"erk?"
"tak yah senyum la kak."
"nape tak yah?"
"lawa dah.."

apakah?lagi la aku rasa tak tertahan nak gelak..alahai dik....kalau aku tak senyum, konpem korang pon x berani la nak masuk dekat.....tp, mungkin juga itu teguran untuk aku....sebab macam dah banyak kalai orang tak bagi aku senyum....okay, aku bukan senyum nak mengorat ye...ini adik2....kalo kat laki2 yg nampak sebaya, aku lebih suka tegur melalui gerak kepala...tanda hormat saja...kalau untuk orang dewasa yang tak gatal, memang seperti biasa, aku senyum dan angguk sopan saja...untuk org yang gatal, memang tengok muka pon tak hingin...

anyway, tadi aku ada search sket pasal senyum ni....

"Mengukir senyuman kepada seseorang samada mahram dan orang asing adalahdiharuskan selagi tidak dengan tujuan untuk menggoda orang tersebut. Jika senyuman dilakukan kerana Allah ia dianggap sedekah dan akan diberikan pahala oleh Allah s.w.t."

"Harus seorang perempuan membalas senyuman seorang lelaki bagi mengelakkandiri daripada dilabel sebagai seorang yang sombong."

ini ada 1 artikel yg aku petik dari blog hamba Allah ni...

"Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan."

dan aku paling tertarik dengan kata-kata ni...

 “Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”

rasanya korang bole baca direct dari blog asal....banyak benda yang korang akan tahu selepas membaca artikel ini....jom sama-sama serbu SINI - senyum itu sunnah ^_^

jadi selepas ini, jom sama2 kita belajar senyum...

rahsia awet muda!!



p/s: serasa aku, selepas tamat belajar ari tu baru aku boleh senyum dengan sempurna...@_@

1 comment:

A.J.A said...

mcm kenal jer owner blog nie.. lalalala