Tuesday, May 29, 2012

Presenting mrs.nurun najwa ruslan…

Sekejap saja masa berlalu..dia kini sudah pun bergelar isteri..telah pun melangkah ke stage yang seterusnya…

Dia yang aku kenali,.sederhana, manja tapi matang…dia yang mengajar aku, menemani aku dalam melangkah…dia yang sentiasa ada bila mana aku memerlukan dia…di saat aku buntu, Allah menghantar dia untuk bersama dengan aku..dan bila bersama dia, aku tidak pernah rasa tak cukup…

Masih aku ingat, saat dia menghulurkan tali persahabatan…beberapa hari selepas hari lahirku…terselit satu kotak misteri yang terbalur kemas dalam laci meja ku di sekolah…tanpa mengetahui isinya, tanpa mengetahui siapa pengirimnya, aku  membuka balutan tersebut berhati-hati..

Dan hasilnya sekeping kad yang mengucapkan selamat hari lahir berserta huluran persahabatan yang baru..di saat itu aku masih lagi aku…di dalam kelas peralihan 3, di bangunan yang berwarna hijau…aras 2…dia yang hanya memberikan klu koordinat tempat duduknya di dalam kelas, datang dan tersenyum kepada aku…sungguh, aku merasakan sesuatu dengan huluran itu…aku rasa dia sangat istimewa…

Di pagi hari, dia datang ke sekolah dengan wajah yang selalu ceria…datang menyapa aku, melayan kerenah aku, tanpa sebarang rungutan…

Pernah, dia membawa sejenis makanan, dan aku seronok menikmatinya…keesokan harinya, dia membawa lagi, hanya untuk aku…sungguh, aku tidak pernah mendapat sahabat, teman yang selalu mendahulukan aku hanya untuk melihat aku gembira…dia mewarnai hidup aku sungguh2!!

aku menetap di asrama dan dia berulang alik dari rumahnya…kerana itu, aku dan dia hanya bersama di waktu sekolah…masa terus berlalu…aku, dia dan kawan2 yang lain gembira, bahagia dengan apa yang kami ada..

melangkah ke tingkatan 1, aku dan dia masih lagi bersama…sedang sahabat yang lain sudah bertukar ganti…di saat aku mendapat teman baru, dia pun sama…tetapi, itu tidak sedikit pun menghalang keakraban kami, bahkan kami lebih akrab dari dulu…tika ini, kami sentiasa bersama...

aku masih ingat lagi, newboyz sangat terkenal ketika itu dan dia membawa gambar tomok ke sana ke mari dengan menyatakan ‘dia abang aku’…ah, dia sungguh menggilai tomok…dan aku selalu mengutuk tomok..tanpa dia sedar, aku tidak pernah pun marah dengan apa yang dilakukannya…itu hak dia kan?

Heh, pernah tak makan gula-gula dan ada kawan yang datang bertanya apa yang kamu makan? Mesti pernah kan?tapi apa yang kamu buat jika dia bertanya masih adakah baki gula-gula tersebut di dalam poket kamu dan jawapannya adalah tiada? apa yang kamu akan buat? Aku dan dia pernah melalu situasi itu…dan gula-gula di dalam mulut itu bertukat tuan within seconds…ya, aku dan dia tidak pernah berkira..dan prinsip kami tika itu seperti aku rasa apa yang kamu rasa…that’s it!

Time’s flow away….aku yang tak pandai ni turun kelas dan dia naik kelas…aku malu dengan dia…sungguh!!tapi, aku tetap rasa ingin bersahabat dengan dia…tika itu, aku hanya bertemu dengannya di waktu rehat…sedih bukan?*aku dah sebak ni*

tapi dia tetap begitu…melayan aku tanpa jemu…menerima aku seadanya,..dia yang selalu belanja aku makan, sedang aku, lupa sama ada aku pernah belanja dia atau pun tidak…maafkan aku teman…aku betul-betul terlupa soal itu….

Melangkah ke tingkatan 4, dia bertukar sekolah…automatisnya, aku kehilangan dia…dan aku juga turut bertukar…meski pun ke sekolah yang berllainan, sekurang-kurang, aku tak merasa kehilangan di sekolah lama….

Lama juga aku tak berhubung dengan dia…smpai lepas spm, baru bertemu kembali…itu seingat aku lah kan…dan dia masih lagi seperti dulu…

Dia di matrikulasi, aku di uitm, tapi dia sentiasa ada dengan aku….

Dia melangkah ke peringkat ijazah, aku masih lagi di takuk diploma, tapi dia masih lagi ada dengan aku…

Dia di peringkat sarjana, aku baru melangkah ke ijazah, dia masih seperti itu…

Dia ke peringkat doktorat, dan aku masih terkial-kial menghabiskan tesisku, tapi dia sentiasa ada untuk aku…

Ah, dia sungguh baik…sungguh membahagiakan…dia yang menghilangkan gusar di hati ku…dia yang member semangat untuk aku…

Dan hari ini dia berkahwin…bersaksikan aku di situ…sebak aku seketika…terasa cepat masa berlalu, dan hari ini dia telah pun menjadi isteri zuan azhary…pilihan hatinya sekian lama…dia telah bertemu dengan jodoh yang telah ditetapkan di luh mahfuz sekian lama…Alhamdulillah…

dia yang bernama nurun najwa ruslan…meskipun lambat, aku tetap mahu berterima kasih…u’re my sunshine…u’re my best bud…kau yang menerima tanpa syarat…kau yang memberi tanpa mengharapkan balas…terima kasih teman…kerna selalu ada di saat aku perlukan someone…terima kasih teman kerna selalu menceriakan hari duka aku hingga saat ini…sungguh aku tidak mengetahu siapa aku di matamu…tapi, sekurangnya aku tahu siapa engkau di mataku….thanks 4 being my friend….i love u dear…n always miss u…

To zuan azhary, tolong jaga my charming friend ni elok2…sabar dan tabah atas setiap dugaan…jangan cepat melatah atas segala kelakuannya….kerna aku tahu, dia sentiasa buat sesuatu dengan sebab…dan terima kasih, kerana menerima dia seadanya….long life, n live well within His guide…hope everything will be ok….Barakallah =)

Friday, May 11, 2012

~aku mahu dia yang sentiasa ada

Aku mahu dia yang sentiasa ada
menemani hidupku
mengiringi langkahku
menghilangkan dukaku
tertawa bersamaku

ya, aku mahu dia yang sentiasa ada
ada bersamaku

namun
dalam aku menyusuri hidup ini
dalam aku mengisi ruang hidupku
di manakah dia?

di langitkah?
di bumikah?
atau mungkin sahaja di alam lain?

siapa dia?
adakah si polan, si polan atau si polan?
atau hanya sekadar ilusi?

ah, persetan sahaja semua itu
aku terlampau mengimpikan dia
dia yang sentiasa ada
tanpa sedar sebenarnya
aku tidak pernah ada untuk sesiapa

dia siapa?
dan aku siapa?
layakkah aku untuk berdamping dengan dia?
apakah yang telah aku lakukan untuk bersama dia yang sentiasa ada?
aku tidak nampak apa yang telah kuberikan kepada dia
dan serasa aku tidak pernah pula aku berkorban

berkorban?
korbankan wang, harta?
korbankan masa?
atau jiwa?

hanya dia yang menentukan
aku hanya lah hamba yang lemah
yang masih dan terus akan mencari dia
dengan segala kasih sayangNya

Terima kasih ya Rabb
kerna menjadi Dia yang sentiasa bersama
tanpa memilih siapa pun
yang beda hanyalah
amal dan taqwa



dalucky0ne
0231hrs
May 11,2012

ubat rindu =)

Assalamu’alaikum….

aduss….bg salam gaya macam nak tulis surat chenta…tapi sebenarnya macam biasa la kan..tapi, those yang memang dah baca salam kt atas tu, wajib jawab tau…dan kalau boleh jawab lagi panjang…last month terbaca artikel tentang bagaimana cara sepatutnya menjawab salam…rupanya ada cara juga…mungkin saya saja yang baru tahu…siapa nak tahu sila angkat tangan anda ya…eh, jangan!!saya tak kan nampak punya kalau ada yang angkat tangan…so, siapa yang nak tahu sila teruskan membaca ya…and siapa yang tak ingin tahu atau tak mahu tahu, sila tutup window ini ;p…ini method menjawab salam ya teman-teman =)


Pertama, jika si pemberi mengucapkan salam dengan lafaz “assalamu’alaikum” maka yang menjawab disunatkan menjawab dengan lafaz “wa’alaikumussalam warahmatullah”….jika tadi si pemberi salam mendoakan kesejahteraan kita, maka tiada salahnya kita lebih mendoakan agar dia dirahmatiNya… panjang sedikit bukan?

Yang kedua, jika kita menerima lafaz salam seperti “assalamu’alaikum warahmatullah”, maka kita disunatkan membalas dengan lafaz “wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh”…lagi panjang tapi membawa maksud yang lagi baik…ini maksudnya… “dan sejahteralah ke atas kamu dan dirahmati Allah dan diberkatiNya”….

Yang ketiga…hah, ada lagi yang lagi panjang? Anda mesti biasa menerima atau member lafaz ini…“assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh”….pernah?biasanya zaman sekolah ada kita ucapkan kepada guru-guru…kita ucap dengan nada yang meleret-leret..ah, tetiba teringat zaman sekolah…aku punya satu kisah,…tentang salam…sekejap lagi aku bercerita ya?back to the point, anda pernah terdengar atau tidak salam yang lebih panjang dari yang tadi?kalau pernah, jom sama-sama kita berusaha mengamalkannya…kalau tak pernah, mai rapat-rapat…saya tolong sampaikan…hurm, kita disunatkan jawab dengan lafaz “wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh waridhwaanuh”…uh, sungguh panjang…dan tentunya mempunyai maksud yang lagi baik kan?kalau tadi kita mendoakan agar dirahmati dan diberkati Dia, kali ni kita tambah dengan doa “dan diredhaiNya”…

Setiap kali balasan salam tu, semakin banyak doanya kan?dan dalam artikel tu saya terbaca, sesiapa yang mengamalkan menjawab salam ini maka dia di kalangan yang tidak kedekut… ah, dengan hanya menjawab salam pun ada yang pemurah ke? ada,.. yang pemurah itu yang memberi kembali dengan kuantiti yang banyak… moga-moga kita di kalangan itu…

kita kembali kepada kisah saya tadi… ada seorang guru saya, pendidik saya yang sentiasa zuhud dalam setiap perkara,..yang mengajar saya mata pelajaran hadith di tingkatan 1…beliau yang berkaca mata berbingkai hitam…memakai jubah dan bertudung labuh…yang pada pandangan mata saya pakaian yang dipakai beliau tidak pernah diseterika,..sedang dalam hati saya guru ini mungkin terlalu sibuk menguruskan rumah tangga tanpa mengabaikan ibadahnya sehingga tiada kesempatan untuk menyeterika baju..dan saya lihat beliau tidak pernah bermuram durja,..masuk ke kelas, menjawab salam sambil tersenyum, seterusnya mendidik kami yang tidak tahu ini juga dalam senyuman…itulah kedamaian di hati saya…paling menyentuh hati saya adalah saat beliau menjawab sala…saya yang ketika itu hanya berusia 13tahun berasa teruja ketika beliau mengungkapkan lafaz “wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh waridhwaanuh”… sungguh, hati saya ketika itu terasa sangat damai…dan hingga ke hari ini saya masih berharap agar berjumpa kembali dengan beliau sebagaimana saya terserempak dengan beliau lewat 7tahun lepas…begitu juga dengan guru-guru yang lain…yang tidak pernah jemu mendidik saya yang nakal ini, saya mendoakan agar mereka semua sentiasa dirahmati, diberkati dan di dalam redhaNya selalu….

Ah, saya terlampau terkenang masa lampau…ingatan tercampak ke bumi barakah…hati terasa sayu…teringin untuk kembali ke sana biar pun sekali…Cuma untuk mendapatkan tempias barakahnya di tanah itu…

Ok2…cukup-cukup lah….ini hanya untuk melepaskan rindu untuk menulis…hanya untuk membenarkan kalian melepaskan rindu terhadap saya…oh, mungkinkah ada?? ;p...


p/s:
i. if n only if i'm wrong, plz correct me..my pleasure =)
ii. teringat seorang teman bertanya, “dalucky0ne.blogspot.com sudah lama menyepi…bila nak ada entri baru?”…dan ini untuk kamu yang bertanya…sesungguhnya saya tahu kamu rindu saya sebenarnya kan?admit it, plz…hahahhahahah