aduss….bg salam gaya macam nak tulis surat chenta…tapi sebenarnya macam biasa la kan..tapi, those yang memang dah baca salam kt atas tu, wajib jawab tau…dan kalau boleh jawab lagi panjang…last month terbaca artikel tentang bagaimana cara sepatutnya menjawab salam…rupanya ada cara juga…mungkin saya saja yang baru tahu…siapa nak tahu sila angkat tangan anda ya…eh, jangan!!saya tak kan nampak punya kalau ada yang angkat tangan…so, siapa yang nak tahu sila teruskan membaca ya…and siapa yang tak ingin tahu atau tak mahu tahu, sila tutup window ini ;p…ini method menjawab salam ya teman-teman =)
Pertama, jika si pemberi mengucapkan
salam dengan lafaz “assalamu’alaikum” maka yang menjawab disunatkan menjawab
dengan lafaz “wa’alaikumussalam warahmatullah”….jika tadi si pemberi salam
mendoakan kesejahteraan kita, maka tiada salahnya kita lebih mendoakan agar dia
dirahmatiNya… panjang sedikit bukan?
Yang kedua, jika kita menerima lafaz
salam seperti “assalamu’alaikum warahmatullah”, maka kita disunatkan membalas
dengan lafaz “wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh”…lagi panjang tapi
membawa maksud yang lagi baik…ini maksudnya… “dan sejahteralah ke atas kamu dan
dirahmati Allah dan diberkatiNya”….
Yang ketiga…hah, ada lagi yang lagi
panjang? Anda mesti biasa menerima atau member lafaz ini…“assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh”….pernah?biasanya zaman sekolah ada kita ucapkan
kepada guru-guru…kita ucap dengan nada yang meleret-leret..ah, tetiba teringat
zaman sekolah…aku punya satu kisah,…tentang salam…sekejap lagi aku bercerita
ya?back to the point, anda pernah terdengar atau tidak salam yang lebih panjang
dari yang tadi?kalau pernah, jom sama-sama kita berusaha mengamalkannya…kalau
tak pernah, mai rapat-rapat…saya tolong sampaikan…hurm, kita disunatkan jawab
dengan lafaz “wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh waridhwaanuh”…uh,
sungguh panjang…dan tentunya mempunyai maksud yang lagi baik kan?kalau tadi
kita mendoakan agar dirahmati dan diberkati Dia, kali ni kita tambah dengan doa
“dan diredhaiNya”…
Setiap kali balasan salam tu, semakin
banyak doanya kan?dan dalam artikel tu saya terbaca, sesiapa yang mengamalkan
menjawab salam ini maka dia di kalangan yang tidak kedekut… ah, dengan hanya
menjawab salam pun ada yang pemurah ke? ada,.. yang pemurah itu yang memberi
kembali dengan kuantiti yang banyak… moga-moga kita di kalangan itu…
kita kembali kepada kisah saya tadi… ada seorang guru saya, pendidik saya yang sentiasa zuhud dalam setiap perkara,..yang mengajar saya mata pelajaran hadith di tingkatan 1…beliau yang berkaca mata berbingkai hitam…memakai jubah dan bertudung labuh…yang pada pandangan mata saya pakaian yang dipakai beliau tidak pernah diseterika,..sedang dalam hati saya guru ini mungkin terlalu sibuk menguruskan rumah tangga tanpa mengabaikan ibadahnya sehingga tiada kesempatan untuk menyeterika baju..dan saya lihat beliau tidak pernah bermuram durja,..masuk ke kelas, menjawab salam sambil tersenyum, seterusnya mendidik kami yang tidak tahu ini juga dalam senyuman…itulah kedamaian di hati saya…paling menyentuh hati saya adalah saat beliau menjawab sala…saya yang ketika itu hanya berusia 13tahun berasa teruja ketika beliau mengungkapkan lafaz “wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh waridhwaanuh”… sungguh, hati saya ketika itu terasa sangat damai…dan hingga ke hari ini saya masih berharap agar berjumpa kembali dengan beliau sebagaimana saya terserempak dengan beliau lewat 7tahun lepas…begitu juga dengan guru-guru yang lain…yang tidak pernah jemu mendidik saya yang nakal ini, saya mendoakan agar mereka semua sentiasa dirahmati, diberkati dan di dalam redhaNya selalu….

Ah, saya terlampau terkenang masa
lampau…ingatan tercampak ke bumi barakah…hati terasa sayu…teringin untuk
kembali ke sana biar pun sekali…Cuma untuk mendapatkan tempias barakahnya di
tanah itu…
Ok2…cukup-cukup lah….ini hanya untuk
melepaskan rindu untuk menulis…hanya untuk membenarkan kalian melepaskan rindu
terhadap saya…oh, mungkinkah ada?? ;p...
i. if n only if i'm wrong, plz correct me..my pleasure =)
ii. teringat seorang teman bertanya,
“dalucky0ne.blogspot.com sudah lama menyepi…bila nak ada entri baru?”…dan ini
untuk kamu yang bertanya…sesungguhnya saya tahu kamu rindu saya sebenarnya kan?admit
it, plz…hahahhahahah
No comments:
Post a Comment