Friday, May 11, 2012

~aku mahu dia yang sentiasa ada

Aku mahu dia yang sentiasa ada
menemani hidupku
mengiringi langkahku
menghilangkan dukaku
tertawa bersamaku

ya, aku mahu dia yang sentiasa ada
ada bersamaku

namun
dalam aku menyusuri hidup ini
dalam aku mengisi ruang hidupku
di manakah dia?

di langitkah?
di bumikah?
atau mungkin sahaja di alam lain?

siapa dia?
adakah si polan, si polan atau si polan?
atau hanya sekadar ilusi?

ah, persetan sahaja semua itu
aku terlampau mengimpikan dia
dia yang sentiasa ada
tanpa sedar sebenarnya
aku tidak pernah ada untuk sesiapa

dia siapa?
dan aku siapa?
layakkah aku untuk berdamping dengan dia?
apakah yang telah aku lakukan untuk bersama dia yang sentiasa ada?
aku tidak nampak apa yang telah kuberikan kepada dia
dan serasa aku tidak pernah pula aku berkorban

berkorban?
korbankan wang, harta?
korbankan masa?
atau jiwa?

hanya dia yang menentukan
aku hanya lah hamba yang lemah
yang masih dan terus akan mencari dia
dengan segala kasih sayangNya

Terima kasih ya Rabb
kerna menjadi Dia yang sentiasa bersama
tanpa memilih siapa pun
yang beda hanyalah
amal dan taqwa



dalucky0ne
0231hrs
May 11,2012

No comments: