Friday, December 03, 2010

kerja kita?

salamullahi'alaik...

keyf hal ya sahabati?smoge sntiase dlm rhmat kasih sayangNya..

hurm...ape cerita dengan kerja kita?apa yang kita sudah kerjakan selama hayat kita?adakah kerja kita sudah cukup untuk puaskan diri sendiri?adakah kerja kita sudah cukup untuk puaskan hati orang sekeliling?dan adakah kerja kita sudah cukup untuk membuktikan bahawa kita adalah hambaNya?jom sama-sama kita fikirkan..

saban hari...ada sesetengah orang mempunyai rutin yang sama...dan ada pula yg mempunyai rutin yang berbeza.untuk yang memiliki rutin yang sama, sila bangkit...tukar rutin anda..supaya anda boleh mengenal dunia dengan lebih jauh lagi...kalau rutin anda selama ini hanyalah di depan komputer atau laptop atau netbook kesayangan anda itu, tukarlah ia kepada bermesra dengan orang sekitar secara 'live'..saya khuatir jika anda teruskan rutin anda itu, ada jiran atau saudara mara bertanya tentang kehilangan anda yang rasanya tidak pernah menampakkan diri kerana terlalu 'sibuk'.rasanya lebih nikmat ukhuwah itu andai kita bertentang empat mata.risau juga saya jika tidak mengenali jiran tetangga dan saudara mara...risau kalau ada apa2 yang berlaku, siapa yang terdekat untuk menolong selain famili?

okess...itu pasal rutin ye...juga pasal kerja..rutin itu adalah kerja...jadi jika rutin itu bagus, dan memberi pulangan yang baik, teruskan..pastikan juga rutin itu membawa pulangan yang baik untuk akhirat kelak. seperti anda menulis novel, atau mengarang puisi atau menggubah lagu...jangan lah buat sesuatu yang melalaikan orang sekeliling..kerna itu adalah saham anda di sana jua..jika anda seorang pemidato, maka selitkanlah sedikit dalil 'aqli atau dalil naqli, supaya orang d sekeliling anda berfikir akan kebenaran kata-kata anda itu..dan itu adalah kredit buat anda di akhirat sana...i'Allah =)

ada juga yang berubah rutin harian dia..mungkin hari ini dia hanya berada di rumah, mengemas, mencuci pakaian dan memasak..esok hari mungkin dia akan keluar ke suatu tempat untuk meneruskan kehidupannya di sana..dan mungkin akan kembali ke rumah dalam jangka masa yang singkat atau panjang..apa saja yang dilakukannya, kerja rumah atau kerja di luar rumah, moga Allah sentiasa redha akan segala kerjanya.nampak senang bukan?mencuci,memasak...tapi, jika perkara yang senang itu kita lakukan dengan penuh keikhlasan, i'Allah pulangan yang lumayan akan kita dapat...makanan yang kita masak itu akan dimakan oleh anak kecil atau sesiapa sahaja..dan itu adalah kerja kita..memenuhi tangki orang yang perlu meneruskan kerja mereka.penting bukan? maka, jangan mengeluh.,jangan mengungkit..kerna aku khuatir kerja kita menjadi sia-sia.. yang berlalu biarlah berlalu..Allah sudah mengira apa yang sudah lepas,..jangan sampai kerja kita yang lepas licin disapu dengan keluhan atau ungkitan pada hari ini..

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan...Semlm tlh berlalu.. Hari ini sedang berlaku.. Esok adalah misteri...semoga kerja kita untuk semalam, hari ini dan esok diredhaiNya sntiasa =)

No comments: