Thursday, October 11, 2012

Alhamdulillah~



hey, hati aku tersenyum....tersenyum untuk salah seorang kawan dari sekolah lagi...tersenyum dengan kisah suka dan duka dia...siapa sangka, hari ini aku mendengarakan berita gembira dari dia? alhamdulillah, aku dapat rasa kali ini, dia sudah berjumpa dengan pemilik tulang rusuknya...kalau sebelum ini, banyak halangan yang dia terpaksa lalui, kali ini segalanya nampak sempurna di mata aku....berkenalan tanpa bicara di bibir...hanya kerana kebetulan yang sudah diatur DIA,..perancangan yg cukup sempurna utk yg mencari yg terbaik...

sabar itu indah kan?bila meminta Dia memimpin kita, maka Dia akan memimpin kita...

'adam' nya mngambil keputusan untuk bertanya empunya badan sendiri tanpa melibatkan org tgh...langkahnya kelihatan mudah...aku kira mereka tidak pernah bersua muka, apa lagi bercinta...dan si dia meminta untuk melaksanakan istikharah utk tujuan itu?apakah?

huhaii....aku jeles dgn dia...mndengar bicaranya, membuatkan hati aku sejuk utk menerima 'ahli' baru dalam hidup aku...kalau sebelum ini, aku bermati-matian, menggunakan iman dan akal, memutarbelitkan otak kawan aku ini, semata2 utk dia menolak calon tersebut, tetapi kali ni, aku yakin dgn 'adam-2-b'nya...ya Allah, moga2 Engkau meletakkan mereka dalam irahmat kasih sayangMu..agar hubungan yang akan mereka bina, bukan shaja aman bahagia di dunia, tp hingga ke syurga sana!!

dear fren, i'm happy 4 u....

Saturday, September 29, 2012

down to earth~~

hurm...down to earth?

wut does it means?

tunduk ke bumi?hahah...itu perkataan pertama yg keluar dari pikiran saya...apa saja maksud nya, saya kira kalau guna terma tunduk ke bumi lagi bagus kot...lg nampk simple dan senang,..kan?

lately ni banyak pula benda yang saya belajar...yang paling penting, saya belajar untuk tunduk ke bumi...bukan hanya menongkat langit!!

eh, maksudnya apa ya?belajar lah merendah diri, setinggi mana pun kita...saya bagi contoh ya...yang tiada kaitan dengan sesiapa pun d luar sana....ada orang, bila berada di kalangan yang berpendidikan hanya setakat diploma, dan dia sudah pun menggenggam ijazah kedua, merasakan kedudukan dia tinggi dari yang lain...umur mereka sama...yg berbeza hanya taraf pendidikan kan?tapi, sii pemegang ijazah kedua lupa untuk melihat di sebalik ijazah keduanya...kawan2 nya yang hanya memiliki diploma telah pun mempunyai pengalaman bekerja selama 5 tahun...telah pun berdiri di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa pun selama 5 tahun sudah, sedang dia si pemegang ijazah kedua mengharapkan bantuan kewangan dari mana2 pihak yang sudi untuk menaja pendidikannya...adakah sama pngalaman mereka?benar, jika dia bekerja, sudah tentu taraf gaji nya berbeza dengan yang lain...tp, belum tentu gaji nya itu menjamin kehidupan yang baiik bila mana berada dalam industri pendidikan kan?

ada juga pemimpin, bila mana berada di atas, lupa untuk melihat ke bawah....sehinggakan mengeluarkan perkataan yang membuatkan org di bawah memberikan tanggapan negatif...tiada salah nya kan, kalau pemimpin tersebut, tunduk ke bumi untuk mendalami hati orang di bawah nya?agar lebih indah bahasa yg disusun kan?

belajar lah merendah diri, biar pun siapa kita...banyak org bila berada di atas, lupa kedudukan sendiri...perasan orang sekeliling mengenalinya dengan baik...oh, anda ingat tak, kalu waktu sekolah dulu, kita punya guru besar? dan sepatutnya guru besar itu dikenali semua pelajar kan?tapi, setiap kali guru besar dipersilakan naik ke pentas untuk memberikan sepatah dua kata, mesti pengacara majlis akan menyebut nama beliau juga kan?itu sebagai tanda memperkenalkan siapa di hadapan kita....juga, sewaktu guru besar tersebut mula2 melangkah kaki ke sekolah kita, tentu sahaja akan ada sesi memperkenalkan diri juga bukan?dalam tegas beliau memimpin, saya kira tetap terselit soalan untuk kita, apa khabar semua?ada apa2 persoalan untuk saya?~~saya kra soalan ini mampu memecahkan benteng langit dan bumi...kan?biar pun masa tu, kita kecut perut untuk menanyakan apa2 saja soalan untuk cikgu yang paling besar itu ;p (eh, saya pernah jumpa guru besar sekolah saya once lepas masuk sekolah menengah...dan tahu tak? beliau masih mengenali saya!!)

saya belajar untuk tunduk ke bumi,,..dengan ijazah yg saya pegang...dengan title yang diberi...saya belajar untuk tunduk ke bumi, dengan bantuan orang di sekitar saya,,.dengan bantuan keluarga saya,..dengan bantuan rakan2 saya....saya beelajar untuk tunduk ke bumi...dari kelemahan saya,...dari pertanyaan yang saya tidak mampu jawab dari adik2 usrah saya...

ya, saya belajar untuk tunduk ke bumi setelah sedar bahawa ilmu yang ada di dada belum cukup untuk saya mendabik dada mengatakan ilmu saya sudah tinggi....setelah sedar ilmu yang saya ada masih belum mampu menandingi dengan orang yang lebih tahu....setelah sedar bahawa saya mesti tunduk ke bumi, mencedok mana2 ilmu yg saya dapat sepanjang kehidupan saya....setelah sedar saya tidak akan dapat memiliki kesemua ilmu Allah yang luas itu...

Allahurabbi....rahmatilah aku...rahmatilah kali....ya Allah berikan lah aku rezeki kefahaman seperti kefahaman Nabi2...berikanlah aku ingatan seperti ingatan para Rasul....dan kurniakan lah aku ilham sebagaiman Engkau memberikan ilham kepada para malaikat......


#jika hari ini, kita berjaya menggenggam kejayaan, jangan lupa untuk bersyukur padaNya...kerna Dia jua lah yang mengatur kejayaan untuk kita...jangan pula kita mendabik dada memperlekeh kan orang yang kurang kejayaan nya daripada kita, kerna itu jua adalah aturan Dia..sebaliknya, berdoalah untk yang lain sama, semoga segala yang kita miliki hari ini dapat dikongsi bersama yang lain#

saya mahu mencari keberkatan~~



lately ni ramai pula yang bertanya...

"tak dapat keje lagi ke?"

"memang tanak keje ke?"

"tak rasa nak makan gaji ke?"

hadeiii....ape yg saya buat hari ni adalah bersumberkan kekuatan pemikiran yang ada dalam diri berteraskan iman dan taqwa....apa alasan saya?
oke...i'm not da one yang akan tumpukan sepenuh perhatian kpd keje bile da keje...saya tau itu bengda yang tak baik,.dan saya patot ubah...tp, kalo time kejee nanti, tak dapat ubah camne?i'm not workaholic....kalo ade tenet depan mata, sure buat blogwalking, again n again...kalo boring sket xde keje, mula nak mngular sana-cni...ye la, da xde keje kan, mestti la xleh dok diam...saya x mampu nk stick kt meja tu unless sy tdo...

oh, jam mana sy bekerja? adakah saya dibayar mengikut jam saya bekerja?macam mana pula byrn untuk tempoh saya mngular, main tenet n so on?sy kira, sume pekerja akan dibayar mengikut waktu pejabat kan?

jadi dimanakah keberkatan yg saya mahu kan?

true...skrg ni saya hanya lah kuli bonda saya di kedai kesayangan beliau...saya kira kedai tersebut kecil sahaja, tapi cukup lah untuk saya membina otot2 yang semakin kekar dari hari ke hari...dan bukankah menolong, membantu bonda itu perkara yang mulia?

oh kawan....sudah berapa lama sy berjalan di muka bumi Nya?dan sudah berapa lama ayahbonda menjaga saya dengan penuh kasih sayang?yang tidak pernah membuatkan saya berasa susah sekali pun?dan untuk kali ini, biarlah saya yang bersusah, asalkan saya dapat meringankan beban ayahbonda..lagi pula saya tidak tahu sampai bila saya boleh menghulurkan kudrat saya....dan saya tidak tahu apa akan jadi bila saya berumah tangga nanti...dan juga yang paling utama, saya tidak tahu biila garisan hidup saya akan berakhir.....

moga Allah redha dengan setiap langkah yang saya ambil...dan juga moga Allah memberikan saya hati yang kental untuk terus menongkah arus kehidupan yang DIA aturkan...Allahurabbi....

p/s: 9/10 punca rezeki adalah berniaga kan?maka i'm doing diz....

Wednesday, September 12, 2012

erk, salah ke senyum?

2-3 hari ni aku ambil alih kedai buat sementara waktu...kerana bonda kurang sihat...alhmdulillah, malam ni bonda makin baik...moga2 minggu depan bonda akan kembali ke kedai..=)

dalam 2-3 ari aku dok kedai ni, macam-macam berlaku...customer tak ramai tu 1 hal....(igt kan org boikot aku, upenye setelah disiasat, kebanyakan tempat hilang customer...ke mana kah rkyat klantan?)...supplier yg datang silih berganti 1 hal...kena layan call 1 hal...tp okay la kot...setakat ni tak nampak ada prob lagi...kecuali tadi je...duit tak cukup nak beli barang T_T...

sepanjang aku dok kedai ni, byk ragam manusia yang aku tengok...ada yang datang dengan muka serius....dan ada yang datang terus menguusik...maklum lah, anak dara yang tak sekolah ada di meja tauke...hahah...dan sebolehnya, sebaik mungkin, aku cuba melemparkan senyum kepada customer, supplier dan salesman....kalau masam je muka, konpem la kne tegur kan....

"tak makan nasik lagi ke ari ni?"

alahai...aku memang cukup suka soklan ni...untung2 ade yang belanja makan...=)

semalam...ada budak penghantar barang..aku kira dia di usia awal 20-an...atau pun mungkin saja habis sekolah....melihat budak2 ni, macam2 aku terfikir...dan tanpa sedar aku tersenyum,...tanpa melihat keapada sesiapa pun...aku kira mereka sedang khusyuk mengira duit 'raya' muntuk mencukupkan seratus keping...hahah, zalim nya aku...memang terpaksa bagi duit 'raya'...sebab yg tu je la pon yang banyak dalam simpnan...mana la aku tak tersenyum,..duit yang biasa aku kira seorang, dapat dekat mereka, 3-3 orang yang datang kena mengira..hahah...macam-macam cara pula tu....yang ni kira, yang tu susun...yang ni pegang...pastu yang tu kira balik...dah konpem cukup baru besenye baru mereka-mereka angkat muka...tp, serius la,..memang aku rasa kelakar tengok...tiba-tiba...


"hai, kak,..senyum nape?"
"erk?"
"tak yah senyum la kak."
"nape tak yah?"
"lawa dah.."

apakah?lagi la aku rasa tak tertahan nak gelak..alahai dik....kalau aku tak senyum, konpem korang pon x berani la nak masuk dekat.....tp, mungkin juga itu teguran untuk aku....sebab macam dah banyak kalai orang tak bagi aku senyum....okay, aku bukan senyum nak mengorat ye...ini adik2....kalo kat laki2 yg nampak sebaya, aku lebih suka tegur melalui gerak kepala...tanda hormat saja...kalau untuk orang dewasa yang tak gatal, memang seperti biasa, aku senyum dan angguk sopan saja...untuk org yang gatal, memang tengok muka pon tak hingin...

anyway, tadi aku ada search sket pasal senyum ni....

"Mengukir senyuman kepada seseorang samada mahram dan orang asing adalahdiharuskan selagi tidak dengan tujuan untuk menggoda orang tersebut. Jika senyuman dilakukan kerana Allah ia dianggap sedekah dan akan diberikan pahala oleh Allah s.w.t."

"Harus seorang perempuan membalas senyuman seorang lelaki bagi mengelakkandiri daripada dilabel sebagai seorang yang sombong."

ini ada 1 artikel yg aku petik dari blog hamba Allah ni...

"Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan."

dan aku paling tertarik dengan kata-kata ni...

 “Seseorang yang tidak boleh tersenyum, janganlah ia membuka sebuah kedai.”

rasanya korang bole baca direct dari blog asal....banyak benda yang korang akan tahu selepas membaca artikel ini....jom sama-sama serbu SINI - senyum itu sunnah ^_^

jadi selepas ini, jom sama2 kita belajar senyum...

rahsia awet muda!!



p/s: serasa aku, selepas tamat belajar ari tu baru aku boleh senyum dengan sempurna...@_@