Tuesday, June 07, 2011

terima..lulus...tolak..gagal...

salam'alaik...

baru2 ini keputusan peperiksaan untuk pelajar diploma telah pun diumumkan. tahniah buat adik2 yg berjaya menamatkan program diploma dan selamat melangkah ke 'dunia' saya nanti. dan juga tahniah buat adik2 yg selainnya kerna dapat memikul bebanan ilmu di semester baru ^_^

dalam suka mesti ada terselit duka. dalam duka, senyumlah meskipun payah. sembunyikanlah kesusahanmu d sebalik senyuman yang paling manis. teruskan selagi yang termampu. kerna Allah sentiasa bersama.

hatiku sedikit terusik pabila ada di antara adik2 yg berkongsi masalah yg sama dengan ku. ya, aku bukanlah yg terbaik, tapi sekurang2 nya aku pernah merasa. sabarlah, Allah sedang menguji hamba2 Nya. dan Allah masih lagi sayang dgn memberikan kita peluang kedua. so, grab for it, dear....

aku teringat satu blog sahabat yg berada jauh di perantauan. ada sesuatu yg cukup meninggalkan kesan kepadaku. hanya kerana assignment dilempar lecturer, sahabat tersebut diam memuhasabahkan diri. dan hasilnya aku kongsikan di sini. 

cuba kita renungkan dari mula. dari niat kita belajar. apa yg kita cari? apa yang kita mahu? dan seterusnya bagaimana cari untuk realisasikan impian kita tersebut? apakah kita merasakan kita mesti belajar bersungguh2 supaya sentiasa berada dalam dean's list? atau adakah kita hanya mahu belajar supaya kita dapat keputusan yang mantap supaya orang lain mesti mencontohi kita? adakah kita ahnya belajar semata2 untuk memastikan tempat di mana2 sektor pekerjaan? atau adakah kita belajar hanya diniatkan untuk segulung sijil yg sebenarnya tiada 'value' pun di akhirat sana??

Allah...jom sama2 kita perbetulkan niat kita dari mula..niatkan yang baik2..niatkan belajar kerana Allah..niatkan kita belajar hari ini untuk diwariskan kepada generasi akan datang..

saya tertarik dengan satu frasa di dalam blog tersebut. jika hari ini, seorang manusia menolak kerja kita, bagaimana pula dengan amalan kita?? terlampau khuatir dengan manusia, sampai terlupa kita ada Allah yg perlu dijaga sebaiknya supaya kita mendapat redhaNya. hari ini, kita gagal atas kertas, Allah masih lg sayang dengan memberikan peluang kedua..tetapi bagaiman kalau kita gagal denganNya? apakah masih ada peluang selepas amalan dihitung? astaghfrullah...Ampunkan kami ya Allah...ampunkan kami kerana lalai denganMu...

jangan khuatir jika kita tidak dikenali penduduk bumi, tapi khuatirlah jika kita tidak dikenali penduduk langit..Allahuakbar!!


daLucky0ne~~
2241 hours
060611
h0me sweEt h0me ^_^

2 comments:

Anonymous said...

Salam k. Aiman. It's me madihah. This is the 1st time I read ur blog and frankly, it is interesting and it helps me to see the world in different perspectives.

~daLucky0ne~ said...

Alhamdulillah...this is my way to share everything here...i dun want anyone left behind even though i dun have much time 2 speak out loud...u can c many more out of here...blogwalking...it will help u more =)...i'Allah c: