.jpg)
lately ni aku sering mendengar tentang kematian. benda normal la kot??tapi kali ni, kmatian dari golongan muda remaja..lagi muda dari aku..mgkin usia mereka hanya belasan tahun atau mungkin sahaja usia mereka d awal 20-an..yang penting mereka ini dari golongan adik-adik aku kira..
saat kematian mereka, ramai yang menangis pilu, mngenangkan kebaikan orang yang sudah tiada..mngenangkan pergi mereka tiada pengganti..mengenangkan pergi mereka yang pasti tidak akan kembali..dan saat kembali mereka ke pangkuan Khaliq, mengingatkan yg hidup ini akan hakikat kematian,..hakikat akan amal yang dibawa bersama..hakikat akan amal yg akan dihitung di akhirat sana..sama ada sedikit kah, ataw banyak kah, hanya Allah yg tahu...
melihat jauh dalam diri sendiri..bertanya akan apakah bekalan yg akan dibawa nanti??sebanyak manakah bekalan itu??adakah hanya sebesar zarah?atau hanya setempurung kelapa??cukupkah amalanmu itu utk membawa kamu ke syurga Firdaus??apakah amalan itu akn dikira sebagai amalan yg baik??ramai yg mengira mereka berbuat amalan baik, tetapi mereka lupa Allah mngetahui setiap inci perbuatan kita sama ada yg terzahir atau pon tidak. sebagai contoh, ade yg memakai tudung, tetapi hanya sebagai syarat untuk tidak nampak 'pelik' di kalangan org yg bertudung..betul, dia telah memakai tudung, tapi bagaimana pula dengan niatnya?bagaimana pula kefahaman dia akn wajibnya menutup aurat itu? ya Allah, aku da buat amalan ini, tp kenapa Engkau masih menolak amalanku ini?? niat yg salah...mungkin kerana ini, amalan kita ditolak..nah, btolkan saje niat kamu!! alangkah ruginya bg sesiapa yg melakukan sesuatu amalan, tetapi niat bkn kerana Allah semata-mata..ramai juga yg menganggap bahawa hanya amalan seperti solat, puasa dan seumpama dengannya sahaja yg akan dihisap di hari perhitungan nanti..nah, inilah silapnya kita, lupa akan amalan lain, perbuatan lain yg bilamana disertakan niat kerana Allah, maka amalan itu akan dikira,.tapi, kite semua kne ingat, perbuatan tersebut hendaklah tidak melampaui batas-batas Islam..contohnya belajar, pergi kelas diniatkan kerana Allah..alhmdulillah, semua bnde baik yg kita lakukan boleh jdk amalan baik yang akan dihitungkan d sana nanti..
cukup setakat ini utk hari ni,.having bacckpain, again..akan bersambung bila saje ade mase yg terluang...i'Allah..so, slamat merenung diri kite...kite xtau bile garisan kite akan berakhir..mungkinkah 2-3 mnt lg, atau pon mungkin saje 20-30 tahun akan datang...wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment