Saturday, December 31, 2011

all is well

terasa seperti ingin menulis...teringat tarikh hari ini hari terakhir 2012...tahun masihi..sedang diri kekeringan idea..berfikir untuk berkongsi sesuatu..mungkin yang dapat memberi makna kepada semua, kepada diri sendiri terutamanya..


teringat cerita 3 idiot..owh, mungkin saya tertinggal jauh di belakang..ada mesej yang cuba disampaikan...dan saya suka bahagian bile rancho aka aamir khan cakap, hati kita ni sebenarnya kecil, pengecut..memang betul pun kan?bila nak buat sesuatu, tapi terdengar kesannya negatif, terus kita meninggalkannya..sama juga bila nk berubah ke arah kebaikan, tapi bila terfikir cakap2 orang, terus kensel..sedang sebenarnya kita tak tahu bila teruskan, hasilnya sungguh lumayan..mana tahu dengan perubahan kita, orang lain pun turut sama kan?
all is well...saya suka ayat yang digunakan itu..ayat yang menunjukkan betapa pentingnya redha akan ketentuan tu bertandang di hati..betapa pentingnya kita percaya qada' dan qadar Allah..betapa pentingnya kita bersangka baik dengan ketentuanNya..


saya terfikir, adakah kita mungkin akan jadi seperti kawan rancho yang quit sebelum masanya?adakah kita sendiri yang akan membunuh diri kita dengan tidak meneruskan langkah?Allah yang aturkan hidup kita..Allah yang tentukan hidup kita..so, all is well kn? 

untuk hari2 yang mendatang, saya doakan anda, mereka dan diri saya sendiri supaya sentiasa berada di landasan yang benar..dan semoga kasih sayang Dia sentiasa bersama kita..jom sama2 niat agar hari2 yang bakal kita lalui adalah untuk Islam dan semuanya pasti kerana DIA =)


p/s:bukan tujuan untuk mengagungkan filem, tapi aku melihat kepada mesej yang cuba disampaikan..sungguh, aku bukan pencinta drama tv atau lagu, tapi aku cuba mendapatkan yang terbaik daripada sesuatu..

Saturday, November 19, 2011

sharing~~

sharing from a fren of ours =)
hadoi.....takot pon ade...lpas ni, kalo tau ape2, pakat2 la sharing....xnk kne tarik dalam mnuju ke taman syurga;(

Monday, November 14, 2011

~al-fatihah

bila ajal mnjemput...tidak cepat walau sesaat...tdk terlambat walau sesaat...
dan last 2 days...arwah husni salleh aka angah kmbali ke rahmatullah...selepas 2 hari koma...
rse macam baru je dok main2 ng dia...even kalo ikotkn umur dye dh pon 20taon...
rse mcm bru je aku dok layan dye sembang...sb dye mmg kami membesar same2!!

kames lpas...10 november 2011...
usai shj solat isyak, arwah bersama rkn2 lain bergerak mnuju ke 1 arah...
dalam perjalanan bertembung pula dengan kereta y dipandu seperti org mabuk...ntah lah...
dan kereta tersebut mrempuh angah yg disangka berada di depan bersama rakan2 lain...
darah mngalir laju dari telinga dan mulutnya...
ya Allah...sakit skali aku rse...

dan pada 12 november, angah kmbali mninggalkan semua...
semoga allahyarham ditempatkan di kalangan org2 yg bnar...
al-fatihah~~

Saturday, October 15, 2011

~ tak panas?

tarik nafas dalam2~
kali ni x ckp pasal sape2...cuma nk ckp pasal people nowadays...boleh kan?

========================================================

tadi tertarik dengan post seorang adik kat fb..

*maaf, nama dirahsiakan..

perkara seperti ini selalu terjadi, sedar atau x sedar...sekurang-kurangnya adik ini terdengar perbualan tersebut. teringat saya pernah suatu ketika dahulu (bkn dolu2 ye) adik2 yang lain mngadu mereka digelar sejuk. dan ada siswa yang suka mengusik lalu di tepi mereka sambil berkata, "sini sejuk la". kala itu aku hanya mampu mendengar sebab tahu mereka agak nakal meski pun rasa geram menyelinap di hati.

tapi hari ini, selepas membaca post di atas, dan selepas meneliti komen orang2 yang tahu, baru aku sedar, tanggapan manusia dalam segenap aspek berbeza. ada yang memberi respon seolah menyalahkan mereka berkata2 tanpa ilmu, dan ada juga yang memberi respon seolah2 mnjawab dengan kasar di hadapan mereka yang sedang berbisik2 itu. tanpa sedar, jawapan itu tidak akan smpai pun kepada mereka. saya faham akan situasi tersebut, dan saya faham apa yang terdapat di fikiran masing2. tapi, saya harap jangan sesekali mereka tiada ilmu di dada. bersangka baik lah. kerana mungkin mereka tahu aurat, tapi tidak menutup aurat dengan sempurna. dan jangan lupa, hati manusia berbolak balik. mana tahu one day nanti, mereka lebih hebat dalam soal mnutup aurat? itu doa dan harapan saya. n saya harap, ktika itu mereka akan ingat kembali apa yang mereka bisikkan.

itu sahaja~~



*sekadar gambar hiasan*

saya juga punya respon untuk post di atas. akhir-akhir ini saya suka memberi analogi, membuat contoh perkara lain dan disesuaikan dengan keadaan. saya fikir orang ramai cepat faham bila diberi analogi mudah yang bersangkut paut dengan kehidupan harian. betul respon yang menyatakan akhirat nanti lagi panas, tapi sejauh manakah, kita sebagai manusia dapat merasakan panas tersebut, walau tahu panas padang mahsyar dengan matahari hanya sejengkal di kepala? tak terjangkau panas macam mana di fikiran saya. tapi itu mmg fakta kan?

cuma yg saya mahu, untuk orang yang mempertikaikan mengapa berjubah, memakai tudung labuh, bersarung kaki, ber'hand sock', saya nak mereka tahu bahawa pakaian ini adalah lapisan yang menghalang sinaran matahari terus membakar ke kulit kita.

lebih mudah, ambillah seterika yang masih panas, letak lah di bahagian terdedah, di bahagian yang dirasakan sejuk apabila tidak bertutup..dan rasalah sejuk atau panas, membakar atau tidak bahagian tersebut. dan sekali lagi, letak lah seterika tersebut yang masih panas di bahagian yang tertutup, adakah sama panasnya dengan yang pertama tadi?sama2 fikirkan..kita masih punya masa selagi masih belum dicabut nyawa. kita masih punya masa selagi kita waras berfikir untuk melakukannya. jangan tunggu bila usia meningkat, baru rasa nk berubah, kerna kematian akan datang menjemput bila2 masa sahaja. saya sayangkan kalian sangat2. tak perlu berjubah, tak perlu bertudung labuh, cuma pakailah pakaian longgar, dan tutuplah bahagian aurat yang dituntut dalam Islam..siapalah kita untuk menidakkan hukum Allah kan? semoga Allah merahmati kita semua.