Alhamdulillah...
Masih lg diberi kesempatan tok meneruskan perjuangan, masih lagi diberi peluang untuk memohon keampunan, dan masih lg diberi peluang utk menikmati nikmat iman dan islam..Alhamdulillah=)
Saat ini, terdengar suara riuh rendah sang hamba Allah bersama rakan2 nya. Mungkin mereka sedang berbincang dimanakah destinasi mereka untuk memenuhi tenggorok mereka dan anak2. Kicauan mereka kukira cukup merdu pada pendengaran dan alhamdulillah, pagi ini aku masih lagi punya pendengaran yang baik. Syukur...
Mataku pula tertancap pada birunya lagi, terpegun melihat indah ciptaanNya. alhamdulillah, Allah masih lg memberi peluang, masih lagi tidak menarik deriaku yang satu ini. alhamdulillah.
Cuma yang kusedari, anggota yang membawa tubuhku ke mana2 semakin lemah pagi ni. Allah, sembuhkan cepat2 kakiku. Aku masih lagi belum puas tok bertebaran mencari keredhaanMu di muka bumi ini.
Memikirkan keadaan di luar sana. aku kira semuanya sudah kembali normal, semua hamba Allah boleh meneruskan urusan harian mereka seperti biasa kerna hari ini merupakan hari ke 4 musibah melanda. Dan moga hari ini menjadi hari terakhir utk musibah ini.I'Allah..
| keadaan banjir ddi taman bersatu, Arau Perlis *kredit to krew kekoh* |
3 hari yg lepas, kawasan aku menuntut ilmu telah disahkan dilanda musibah banjir lantaran hujan 2 hari tanpa henti. aku kire, ini hanya permulaan. Seluruh hubungan luar terus terputus dek penangan banjir ini. dan seingat aku, ini kali ke2 tempat belajarku dilimpahi dengan air hujan yg diturunkan Allah. Memandangkan perhubungan terputus, maka bekalan makanan juga trut terputus. Tapi, perancangan Allah itu rapi. Allah da janji segala urusan adalah dariNya, walaupun kita terpaksa berlapar, itu juga urusanNya. hari pertama musibah, aku masih lg diberi rezeki untuk menikmati hidangan yang cukup menyelerakan. Begitu juga hari ke2. Allah masih lagi sayang hambaNya ini. Dan serasa aku tiada yang dilaporkan mati atau pengsan atau sakit tenat lantaran terlalu lapar. Allah masih sayang bukan??
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
ar-Rahman:30-31
Semalam, aku dikhabarkan bahawa ada artikel mengenai musibah ini di dada akhbar online..click di sini untuk bacaan lebih lanjut.
Tersebar pula di ruang bersosial facebook. kudapati ramai yang merungut kesusahan. Ramai yang merungut kesempitan. Ade juga yang marah2 menyalahkan beberapa pihak kerna tidak mengisytiharkan darurat. Allah, ampuni segala kesalahan kami. Kami hanya lah insan yang lemah.
Tanpa disedari, dalam kita merungut, dalam kita marah2 menyalahkan org lain, rupanya kita sedang merungut, sedang marah pada Allah, kerna DIA yg menurunkan musibah ini. ini hanya ujian kecil teman2. Ujian yg turun kepada hamba2Nya yang berhati kental. Jgn sesekali merungut, hadapilah ujian ini dengan penuh ketabahan. kerna bukan anda seorg yg susah, seluruh warga Arau, Jejawi juga turut mengalami kesusahan ini. Mengapa tidak kita tunduk sujud, memohon keampunan dariNya, memohon supaya Dia mempermudahkan urusan kita??
Bayangkan pula andai kita diserang puting beliung yang baru2 ini melanda di sekitar Jejawi, adakah kita masih lagi tidak dapat bersyukur kerna bukan kita yang mnjadi mangsa ketika itu?Atau adakah anda terasa ingin menukar tempat dengan mangsa2 puting beliung tersebut?Siapa mahu, sila minta dengan Allah, kerna Dia yang menguruskan segalanya..na'uzubillah..aku tidak cukup kuat untuk musibah tersebut. Syukur ya Allah, kerna hanya meletakkan ujian banjir yg x seberapa kepada aku. Banjir ini, ade rumah separuh tenggelam, tp aku kira semuanya masih lagi boleh bersyukur lagi kerna rumah mereka masih di situ. Yang tinggal hanya lah kerja2 pembersihan rumah. 6 tahun yang lepas, di negeri kelahiranku, aku terkedu melihat semua rumah hilang dari pandangan di sebuah kampung. Yang kelihatan hanyalah bumbung. Adakah kita tidak melihat kesusahan tersebut? Dan adakah Allah tidak mengira kesusahan yg dialami hambaNya?
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ar-Rahman:36-37
Ujian datang pelbagai bentuk. Datanglah apa saje ujian, biar terpaksa berkorban nyawa, biar terpaksa hilangnya harta, aku pinta sama2 lah kita memohon keampunan dariNya, memohon agar Allah tidak mencabut nikmat iman dan Islam dari kita kita. Biarlah hidup sengsara dengan segala ujian, tapi jgn iman yg tercabut dan jgn mati dlm keadaan kufur dgn Allah..na'uzubillah..ampuni kami ya Allah..sama2 kita minta moge Allah meneguhkan hati kita dijalan yg Dia redhai.
Ya Allah, berkatilah kami dalam setiap perbuatan kami, setiap amalan kami, dan tambahkanlah keteguhan kami dalam menjadi hambaMu, dan sinarilah hati kami dengan hati yang mulia , dan tetapkanlah iman kami dengan iman yang mendambakan syahid, dan bukakanlah ke atas kami pintu2 kebaikan, dan limpahilah kami dengan khazanah2 kerahmatanMu wahai yang maha Pengasih lagi maha mengasihani.
Allah...ampunkan aku, kiranya aku ingkar dengan ujian Mu..ampunkan aku kiranya aku bersungut dengan ujianMu..Biarlah susah di dunia, akhirat sana yang menjadi penentu.
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
ar-Rahman:55-56
~daLucky0ne~
0070, 8.30pagi
*semalam, tgk bintang berkelipan..bintang bertebaran berlainan warna..subhanallah, indahNya ciptaan Dia, menenangkan hati yg gundah..Alhamdulillah =)

