Sunday, May 23, 2010

kaifahaluk ya nafsy?


Apa khabar wahai diriku?

Apa warna mu hari ini?

Sudah lama aku tak memperdulikan keadaan dirimu

Masih kah dirimu seperti dahulu?

Masih kah Allah menjadi kecintaan utamamu?

Masih kah nikmat iman menyertaimu?

Apa khabar wahai diriku?
Rindu rasanya
aku ingin merasakan lazatnya saat
melihat mu menangis saat mengingat
maksiat-maksiat yang mengiringi hari-hari mu.

Apa khabar wahai diriku?
Bagaimana amal-amal mu kemarin?
Apakah masih sama seperti hari ini?
Apakah kau menjadi diri yang puas dengan
prestasi amal mu yang tak pernah meningkat?

Wahai hatiku . . .
bagai mana dengan mu?

Apakah kau masih sibuk dengan
impian-impian dunia dan melalaikan bekal
akhiratmu?
Berapa banyak bahasa Allah yang kau baca hari ini?

Atau bahasa manusia menyempitkan
perkataan mu hingga kau terlena?

Apa khabar wahai diriku? Berapa amanah
yang kau sia siakan hari ini?

Wahai diriku.apa yang memberatkan
langkah mu?

Apa yang menghalangimu untuk menambah
imanmu?

Wahai diriku, betapa kau menjadi manusia
yang angkuh.betapa dirimu selalu hanyut
dalam tidur malammu yang panjang tanpa
pernah menemui Rabb mu.

Wahai diriku yang bahkan tak sanggup
melawan panasnya api dunia,

Apakah panasnya jahannam sanggup kau
tahan wahai diriku?

Apa yang membuat hati mu begitu mudah
dikotori?

Apa yang membuat lidahmu begitu menyakiti?

Apa yang menghalangimu mendapatkan cinta
Allah?

Wahai diriku . . .
cinta mana yang kau kejar?

Wahai diriku, kebahagiaan mana yang
kekal untukmu?

Wahai diriku yang egois,
wahai diriku yang penuh maksiat,
wahai diriku yang tak pernah bersyukur,
wahai jiwa yang tamak
Tuhan mana yang kau kira memberimu rezeki?

Wahai diriku, syurga tuhan mana yang kau
harapkan?

Apa kau begitu memuja keindahan dunia
yang fana

Wahai diriku yang merasa cukup

Nikmat mana yang telah kau syukuri?

Jawablah wahai diriku

terjawabkah kita???

Saturday, May 22, 2010

~aku rindu~~


adik2...
aku rindu...
rindu suasana halaqah..
rindu suasana riang...
rindu suasana terjahan...

saat itu...
aku rase sedih bangat...
terfikir akan Islam yg aku bawa...
terfikir akan generasi yg akan datang...
mengapa mesti mengharap pada yang laen, dik...
mengapa mesti engkau hanya berada di sebalik tabir?
sedang kau mampu untuk bersuara...

adikku sayang...
gunalah tanganmu untuk mencegah kemungkaran..
gunalah akalmu untuk merencana masa yang mendatang...
jangan berlengah, dik..
kerna masa tidak akan menunggu kita..
kerna masa tetap akan berlalu..

adik2...
jdilah mujahidah Islam yg rindukan syahid...
jadilah mujahidah Islam yg rindukan khilafah Islam...
buktikan melaluimu Islam akan tertegak...
buktikan!!!
moga Allah sentiasa bersama...
moga kalian berada dalam dakapan cintaNya...
Allahuakbar!!!!

Friday, May 21, 2010

Jongkang jongket dakwah dan studi..

Sekadar ingin berkongsi satu artikel menarik... Terjumpa artikel ni while blog walking... sgt mnarek..hope sume leh amek iktibar...credit to pejuang Allah who create diz article...tqvm...

Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita
rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi
skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongking

Jongkang jongking?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah
dengan ikhlas akan menemukan Allah
dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang
aku ikut program tarbiah dan dakwah tu
tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi
yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment
banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan
Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji
Allah
Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan
jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada
dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan:
"Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, Aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam"

Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat,
Segalanya adalah dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam
Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid
Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .

Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Allah, dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hambaNya yang beriman apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan/ perkara Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya. Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama yang terkenal.Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia! Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya. Buka ke muka surat sekian-sekian. Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.

Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik. Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Disudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat.Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah - Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya. Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingk an apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah. Keinginan A tercapai. Bila A belajar di
sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman. Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya.
Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah.

Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.

Thursday, May 20, 2010

cmne nk ckp ni???

ari ni...tah camne...aku mmg lancang sket bab berkate2...but aku pk itu utk kbaikan sume org...camne nk jdk cool??aku rse ble akal bole kuasai nafsu, sure bole jd cool...sb kalo nafsu ammarah kuasai kite, cmne nk cool??tapi...aku sdey sket...sb org jwb..ckp senang r...but nk wat ssah...aku taw ssah..sb aku bkn la seorang y cool b4 ni...tp..lpas aku sdar...aku bkn yg teratas, aku rse kcik sgt...tahn sb tu aku kne cool...kne byk pk...n kne pntas pk...mn leh jdk lmbab...if lmbab, ade yg laen kuasai aku...taw x sape yg akn kuasai kite kalo kite lmbat gne akal??

syaitan ad-dassim yg akn kuasai kite...sb bnde kcik leh jdik besar...xleh tgk org bhgia, setan musti dok cucuk kite...walhal kalo pk blik, bgus lah org sekeliling bhgia, at least patot kite pon rse bhgia la tok dorg ni...tp, cmne kite nk cool kalo terusan kite d cucuk??cmne kite nk tenangkn ati kalo kite terusan d cucuk?

aku bknnye baik...kire kalo org tgk aku ni bkn la stok baik...but, alhamdulillah..skanni da pndai pk...myb sb da besar,..n bru sdar aku patot lead diri s'dri n org laen da di usia ini...

xpe la..(trok gk upenye nk pjuk ati ni)..nutting to wori pon...everything will come n go..sbenarnye sume ni akan jdk pngalaman...do wuteva u want to do n if u lost, back again...back to HIM..bcoz HE will never let u doing all thing alone by urself...

bear in ur mind dear, da one n only who will never let u alone is Allah...be a good slave for HIM...